Wednesday 13 May 2015

SEJARAH KOTA NGAH IBRAHIM


Kota Ngah Ibrahim, sebuah tempat yang banyak memainkan peranan yang penting dalam sejarah Negeri Perak dan Tanah Melayu. Pembinaan kota ini dimulakan pada tahun 1855 dan siap pada tahun 1860.
Kota Ngah Ibrahim dibina sebagai lambang kekuasaan dan kekayaan Ngah Ibrahim sewaktu pemerintahannya di Larut. Beliau  dan bapanya  merupakan seorang usahawan  yang terkenal dalam perusahaan bijih timah. Selain menjadikan kota in sebagai kediaman rasmi, beliau turut menjadikannya sebagai pusat pentadbiran daerah Larut, pusat perdagangan dan pusat pertahanan. Daerah  Larut pernah digemparkan dengan kejadian siri Perang Larut pada pertengahan abad ke-19. Seterusnya, kota ini juga menjadi saksi kepada zaman kejatuhan  Ngah Ibrahim sebagai pemerintah Larut semasa kependudukan Jepun dan Inggeris di Negara ini. Ia banyak menyimpan kisah suka dan duka orang Melayu sewaktu  zaman kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan akibat kekacauan pihak luar yang ingin merampas kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu yang tercinta ini.

Latar belakang Orang Kaya Tengku Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim

Ø  Pada 24 Mei 1858 Ngah Ibrahim mendapat surat pengesahan kuasa mentadbir daerah Larut
Ø  Pendapatan tahunan dianggarkan sebanyak $200,000,00. Dari  pungutan cukai melalui hasil perlombongan bijih timah dan hasil cukai dari tanaman lain
Ø   Ngah Ibrahim juga mempunyai simpanan di bank di Pulau Pinang, beliau juga memiliki aset lain iaitu sebuah banglo berbentuk eropah di  Pulau Pinang dan sebuah kapal wap yang diberi nama Bahtera Bayu yang ditempah dari England bernilai $25,000.
Ø   Ngah Ibrahim telah dianugerahkan gelaran Orang Kaya Tengku Menteri Paduka Tuan pada 23 Oktober 1863
Ø  Menteri Ngah Ibrahim dikenali sebagai Tengku Menteri. 

Peranan Kota Ngah Ibrahim 

1.      Pusat  Pentadbiran
  • Kepesatan perusahaan bijih timah dan kedudukan kota ini yang strategik. Iaitu di antara tapak perlombongan di Klian Pauh  (Taiping) dan Klian Baru (Kamunting) dengan Kuala Sepetang(Port Weld).
  • Dalam urusan pentadbiran di daerah Larut Ngah Ibrahim mendapat bantuan daripada ulamak yang dilantik sebagai Hakim dan Majisteret dan dibantu oleh seorang pegawai dan seorang kerani

2.      Pusat Perdagangan
Ø  Sungai Malawati yang terletak di belakang kota ini, pernah dijadikan sebagai pelabuhan. Pedagang dari China dan India menggunakan sungai ini untuk datang berdagang di daerah Larut.

Ø  Sungai ini juga digunakan untuk mengangkut bijih timah dari kawasan perlombongan di Matang sebelum dieksport. Bijih-bijih timah yang diangkut dari Klian Pauh di Taiping dan Klian Baru di Kamunting, akan dibawa melalui sungai ini untuk dikumpulkan di kawasan kota
Ø  Cara ini dapat memudahkan urusan Ngah Ibrahim bagi mengawasi pengumpulan bijih sebelum dieksport ke luar daerah Larut.


3. Pusat Pungutan Cukai
v  Bayaran sebanyak $19.00 daripada tiap-tiap satu bahara bijih timah.
v  Cukai juga turut dikenakan kepada barang-barang yang dibawa oleh pedagang dari luar. 
v  Cukai juga dikenakan kepada mereka yang ingin membawa keluar barangan tempatan seperti bijih timah.

No comments:

Post a Comment