Friday 15 May 2015

Laporan



Laporan Persediaan Hari Kantin

Sekolah Kebangsaan Pinji
Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Pinji akan mengadakan Hari Kantin sekolah pada 14 Mac 2015 yang akan datang.Sehubungan dengan itu, pelbagai persiapan telah dilakukan untuk menjayakan aktiviti tersebut.
Tujuan kami mengadakan aktiviti sebegini adalah untuk menambah wang tabungan persatuan dan kelab yang ada di sekolah ini. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberi manfaat kepada pihak sekolah. Sebahagian keuntungan yang diperoleh akan diperuntuk kepada program menceriakan kawasan sekolah. Oleh yang demikian, kawasan persekitaran sekolah akan bertambah ceria. Selain itu, aktiviti ini mampu menyemai sikap berdikari dan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah yang mana setiap persatuan dan kelab akan mengendalikan sebuah gerai. Aktiviti ini bakal memperlihatkan amalan bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam kalangan murid sekolah.
Seterusnya, pihak kami juga telah membuat pembahagian gerai dan lokasi yang sesuai kepada persatuan dan kelab yang terlibat dalam aktiviti ini. Selain itu, mereka juga telah diberitahu yang mana mereka harus menjual barang-barang yang sesuai mengikut kehendak pelanggan. Mereka juga dikehendaki menjual barangan yang berbeza dengan persatuan dan kelab yang lain. Hal ini demikian kerana untuk mengelakkan pelanggan bosan dengan jenis jualan yang dijual kerana jenis jualan yang sama dengan gerai yang lain. Tambahan pula, pelajar-pelajar yang tertentu telah ditugaskan untuk menjual kupon-kupon kepada pelanggan-pelanggan yang hadir pada hari tersebut. Persatuan dan kelab yang menyertai aktiviti ini telah menghantar borang jualan kepada pihak kami dan kami telah membuat semakin jenis jualan. Antaranya ialah kuih-muih, makanan, sayur-sayuran, ikan hiasan, permainan, dan hiburan. Masa jualan adalah pada 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang.
Pihak kami telah menganggarkan bahawa sambutan pada tahun ini amat meriah. Sambutan amat menggalakkan kerana seramai 2000 pelajar dan 120 orang guru terlibat serta 15 persatuan dan kelab yang mengambil bahagian. Selain itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) juga turun padang bersama-sama menjayakan aktiviti ini. Mereka juga berjaya membuka 2 buah gerai yang menjual barangan terpakai dan hasil tersebut akan disumbangkan kepada kelab kebajikan di sekolah ini. Tambahan pula, sambutan daripada ibu bapa dan komuniti masyarakat juga amat membanggakan. Setakat ini, hasil jualan kupon yang dijalankan oleh pelajar SK PINJI telah mencatat jumlah sebanyak RM30 000. Jumlah yang berjaya dikumpulkan ini amat membanggakan ramai pihak. Kemungkinan kita juga akan menghadapi beberapa masalah yang tidak boleh dielakkan seperti hari hujan kerana masalah ini akan menyukarkan aktiviti berjalan dengan lancar.Selain itu, kita juga gusar akan ketidakcukupan barang jualan kerana malang tidak berbau. Pada tahun ini, kita hanya mampu mencatat hasil jualan sebanyak RM 18 000 berikutan masalah yang sama.
Sehingga laporan ini ditulis, segala persiapan berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang erat daripada semua ahli jawatankuasa. Sehubungan dengan itu, sambutan Hari Kantin sekolah ini akan berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan.
Disediakan oleh, 4 Mac 2011
(MOHD HANAFI BIN MOHD NOOR)
Setiausaha Hari Kantin,
Sekolah Kebangsaan Pinji