Friday 15 May 2015
SELAMAT HARI GURU !!
PUISI SEMPENA HARI GURU,
OBOR HEMAH, A. SAMAD SAID
Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah,
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara insan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.
Guru...atap ganti ketika pondok bocor,
kitab sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia...sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara darma,
memesan angin menghikmahkannya.
Guru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutub khanah,
menyediakan kutub khanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya
atas lambungan laut, merangsang
manusia menyelami rahsia khazanahnya.
Guru...minda segar dan kukuh akar
menghidupkan batin yang bersih,
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan
walau diambilnya kembali semua buku,
sempat ditinggalkannya asas ilmu.
Guru adalah batin suci hati nurani,
penjunjung budi, manusia yang taqwa,
obor hemah kehidupan bangsa.
Laporan
Laporan Persediaan Hari Kantin
Sekolah Kebangsaan Pinji
Kantin Sekolah Menengah
Kebangsaan Pinji akan mengadakan Hari Kantin sekolah pada 14 Mac 2015 yang
akan datang.Sehubungan dengan itu, pelbagai persiapan telah dilakukan untuk
menjayakan aktiviti tersebut.
Tujuan kami mengadakan aktiviti
sebegini adalah untuk menambah wang tabungan persatuan dan kelab yang ada di
sekolah ini. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberi manfaat kepada pihak
sekolah. Sebahagian keuntungan yang diperoleh akan diperuntuk kepada program
menceriakan kawasan sekolah. Oleh yang demikian, kawasan persekitaran sekolah
akan bertambah ceria. Selain itu, aktiviti ini mampu menyemai sikap berdikari
dan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah yang mana
setiap persatuan dan kelab akan mengendalikan sebuah gerai. Aktiviti ini bakal
memperlihatkan amalan bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam kalangan murid
sekolah.
Seterusnya, pihak kami juga telah
membuat pembahagian gerai dan lokasi yang sesuai kepada persatuan dan kelab
yang terlibat dalam aktiviti ini. Selain itu, mereka juga telah diberitahu yang
mana mereka harus menjual barang-barang yang sesuai mengikut kehendak
pelanggan. Mereka juga dikehendaki menjual barangan yang berbeza dengan
persatuan dan kelab yang lain. Hal ini demikian kerana untuk mengelakkan
pelanggan bosan dengan jenis jualan yang dijual kerana jenis jualan yang sama
dengan gerai yang lain. Tambahan pula, pelajar-pelajar yang tertentu telah
ditugaskan untuk menjual kupon-kupon kepada pelanggan-pelanggan yang hadir pada
hari tersebut. Persatuan dan kelab yang menyertai aktiviti ini telah menghantar
borang jualan kepada pihak kami dan kami telah membuat semakin jenis jualan.
Antaranya ialah kuih-muih, makanan, sayur-sayuran, ikan hiasan, permainan, dan
hiburan. Masa jualan adalah pada 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang.
Pihak kami telah menganggarkan
bahawa sambutan pada tahun ini amat meriah. Sambutan amat menggalakkan kerana
seramai 2000 pelajar dan 120 orang guru terlibat serta 15 persatuan dan kelab
yang mengambil bahagian. Selain itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) juga
turun padang bersama-sama menjayakan aktiviti ini. Mereka juga berjaya membuka
2 buah gerai yang menjual barangan terpakai dan hasil tersebut akan
disumbangkan kepada kelab kebajikan di sekolah ini. Tambahan pula, sambutan
daripada ibu bapa dan komuniti masyarakat juga amat membanggakan. Setakat ini,
hasil jualan kupon yang dijalankan oleh pelajar SK PINJI telah mencatat
jumlah sebanyak RM30 000. Jumlah yang berjaya dikumpulkan ini amat membanggakan
ramai pihak. Kemungkinan kita juga akan menghadapi beberapa masalah yang tidak
boleh dielakkan seperti hari hujan kerana masalah ini akan menyukarkan aktiviti
berjalan dengan lancar.Selain itu, kita juga gusar akan ketidakcukupan barang
jualan kerana malang tidak berbau. Pada tahun ini, kita hanya mampu mencatat
hasil jualan sebanyak RM 18 000 berikutan masalah yang sama.
Sehingga laporan ini ditulis,
segala persiapan berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang erat
daripada semua ahli jawatankuasa. Sehubungan dengan itu, sambutan Hari Kantin
sekolah ini akan berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan.
Disediakan oleh, 4 Mac 2011
(MOHD HANAFI BIN MOHD NOOR)
Setiausaha Hari Kantin,
Sekolah Kebangsaan Pinji
Aktiviti Sekolah Sempena Hari Kantin
Hari kantin diadakan bagi mempamerkan bakat kreativiti pelajar dalam pelbagai bidang. program ini boleh menjadi persediaan awal dan pengaplikasian pelajar terhadap mata pelajaran kemahiran hidup dalam topik keusahawanan.
Objektif program
1. Bagi mengeratkan silaturrahim di antara guru, murid,
ibu bapa dan pihak pentadbiran sekolah.
2. Mencungkil bakat-bakat baru pelajar dalam pelbagai
bidang terutamanya bidang keusahawanan
Perancangan Pembelajaran dan Pengajaran
Guru perlu membuat perancangan bagi sesi pengajarannya.
Menurut Burden & Byrd (1999), perancangan sebelum proses pengajaran merujuk
kepada keputusan yang dibuat mengenai mengelola, melaksana dan menilai
pengajaran. Proses guru membuat keputusan tentang cara memilih dan menyusun
pengalaman pembelajaran yang dapat memaksimumkan pencapaian serta kepuasan guru
dan juga pelajar (Cruickshank, 1995). Menurut Esah Sulaiman (2004), perancangan
pengajaran merupakan keputusan yang harus dibuat oleh guru mengenai perkara
yang hendak diajar dan bagaimana untuk diajarkan supaya dapat difahami pelajar.
Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan
aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. pengajaran ini adalah
dirancangkan guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakan dengan kaedah
dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid
supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperoleh ilmu pengetahuan dan
menguasai kemahiran yang diperlukan. pendapat ini disokong oleh Thomas F. Green(1971)
yang menyatakan tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar
melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru.
Contoh rancangan pengajaran harian yang boleh diaplikasikan oleh guru-guru di sekolah :http://www.slideshare.net/arranaim/contoh-rancangan-pengajaran-harian
Contoh rancangan pengajaran harian yang boleh diaplikasikan oleh guru-guru di sekolah :http://www.slideshare.net/arranaim/contoh-rancangan-pengajaran-harian
Wednesday 13 May 2015
SEJARAH KOTA NGAH IBRAHIM
Kota Ngah Ibrahim, sebuah tempat yang banyak memainkan
peranan yang penting dalam sejarah Negeri Perak dan Tanah Melayu. Pembinaan
kota ini dimulakan pada tahun 1855 dan siap pada tahun 1860.
Kota Ngah Ibrahim dibina sebagai lambang kekuasaan dan
kekayaan Ngah Ibrahim sewaktu pemerintahannya di Larut. Beliau dan bapanya
merupakan seorang usahawan yang
terkenal dalam perusahaan bijih timah. Selain menjadikan kota in sebagai
kediaman rasmi, beliau turut menjadikannya sebagai pusat pentadbiran daerah
Larut, pusat perdagangan dan pusat pertahanan. Daerah Larut pernah digemparkan dengan kejadian siri
Perang Larut pada pertengahan abad ke-19. Seterusnya, kota ini juga menjadi saksi
kepada zaman kejatuhan Ngah Ibrahim
sebagai pemerintah Larut semasa kependudukan Jepun dan Inggeris di Negara ini.
Ia banyak menyimpan kisah suka dan duka orang Melayu sewaktu zaman kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan
akibat kekacauan pihak luar yang ingin merampas kekayaan hasil bumi di Tanah
Melayu yang tercinta ini.
Latar belakang Orang
Kaya Tengku Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim
Ø Pada 24 Mei
1858 Ngah Ibrahim mendapat surat pengesahan kuasa mentadbir daerah Larut
Ø Pendapatan
tahunan dianggarkan sebanyak $200,000,00. Dari
pungutan cukai melalui hasil perlombongan bijih timah dan hasil cukai
dari tanaman lain
Ø Ngah Ibrahim juga mempunyai simpanan di bank
di Pulau Pinang, beliau juga memiliki aset lain iaitu sebuah banglo berbentuk
eropah di Pulau Pinang dan sebuah kapal
wap yang diberi nama Bahtera Bayu yang ditempah dari England bernilai $25,000.
Ø Ngah Ibrahim telah dianugerahkan gelaran Orang
Kaya Tengku Menteri Paduka Tuan pada 23 Oktober 1863
Ø Menteri Ngah
Ibrahim dikenali sebagai Tengku Menteri.
Peranan Kota Ngah Ibrahim
1. Pusat Pentadbiran
- Kepesatan perusahaan bijih timah dan kedudukan kota ini yang strategik. Iaitu di antara tapak perlombongan di Klian Pauh (Taiping) dan Klian Baru (Kamunting) dengan Kuala Sepetang(Port Weld).
- Dalam urusan pentadbiran di daerah Larut Ngah Ibrahim mendapat bantuan daripada ulamak yang dilantik sebagai Hakim dan Majisteret dan dibantu oleh seorang pegawai dan seorang kerani
2. Pusat
Perdagangan
Ø Sungai
Malawati yang terletak di belakang kota ini, pernah dijadikan sebagai
pelabuhan. Pedagang dari China dan India menggunakan sungai ini untuk datang
berdagang di daerah Larut.
Ø Sungai ini
juga digunakan untuk mengangkut bijih timah dari kawasan perlombongan di Matang
sebelum dieksport. Bijih-bijih timah yang diangkut dari Klian Pauh di Taiping
dan Klian Baru di Kamunting, akan dibawa melalui sungai ini untuk dikumpulkan
di kawasan kota
Ø Cara ini
dapat memudahkan urusan Ngah Ibrahim bagi mengawasi pengumpulan bijih sebelum
dieksport ke luar daerah Larut.
3. Pusat Pungutan Cukai
v Bayaran
sebanyak $19.00 daripada tiap-tiap satu bahara bijih timah.
v Cukai juga
turut dikenakan kepada barang-barang yang dibawa oleh pedagang dari luar.
v Cukai juga
dikenakan kepada mereka yang ingin membawa keluar barangan tempatan seperti
bijih timah.
Friday 8 May 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)